Salam tuk semua...
Sempena bulan mulia & penuh keberkatan ini..saya ingin mengucapkan Selamat Meneruskan puasa n semoga keberkatannya melimpahi kita semua.
Sama2 kita jadikan bulan ramadhan sebagai titik permulaan utk perubahan yang pastinya ke arah kebaikan. Perubahan dari segi pemakanan supaya pengambilan diet kita seimbang seperti dibulan puasa...Perubahan juga dari segi percakapan yg mana pada bulan ini amat2lah kita jaga agar puasa yang kita lalui seharian sempurna. Sepertimana bulan2 lain juga, perlulah kita jaga kerana percakapan yg baik melambangkan jiwa n rohani yang sempurna....perubahan juga dari segi pemakaian, yg mana bulan puasa kita lihat ramai yg berpakaian menutup aurat...apa kata kita teruskan memakai pakaian yg sempurna sepertimana pakaian kita semasa ramadhan.
Terlalu banyak perubahan yg perlu kita buat waimma kita merasakan yg kita sudah melakukan yg terbaik buat diri kita...terkadang org yg merasakan dirinya baiklah yg perlukan banyak perubahan kerana org yg sememamngnya baik n bertakwa tidak terlintas dihatinya bahawa dia adalah yg terbaik...
marilah sama2 kita renungkan...
Sekali lagi Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya Idulfitri buat semua bloggers ....
Salam Ramadhan
Friday, August 27, 2010
Daripada Ummi Irsyad at Friday, August 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment