Offer for Dec:Special untuk pengedar Stokin
lengan Humaira...Setiap pembelian borong handsock jenis TSHIRT akan
mendapat less 30% bg 10 pasang stokin panjang Mesir. Harga runcit bagi
sepasang adalah RM 6.00....justeru selepas potongan, harga sepasang
dalah RM 4.20 sepasang. Stokin kaki keluran dari Mesir berjenama Sandy. Jangan lepaskan peluang...tawaran hanya sah
untuk disember sahaja.
Tawaran Promosi untuk December
Wednesday, December 5, 2012
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, December 05, 2012 0 comments
Promosi Bulan November
Wednesday, October 31, 2012
Assalamualaikum buat sahabat penyokong dan pendokong SL Humaira...
Setelah sebulan mengadakan promosi handsock Tshirt, Alhamdulillah sambutan luar jangkaan. Kami bg pihak pengeluar stokin lengan Humaira mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengedar-pengedar kami.
Bulan Oktober dah berlalu, jadi proomosi untuk bulan oktober jua sudah ditutup.
Bagi bulan November, kami sekali lagi ingin mengadakan promosi bagi SL Humaira saiz L. Setiap pembelian 100 pasang ke atas, anda akan dapat percuma satu pasang setiap 10 pasang, maknanya jika pembelian 100 psg akan dapt 10 pasang percuma. Promosi bermula 1 Nov 2012 sehingga 30 Nov 2012.
Keistimewaan SL Humaira
1. Tidak ketat dibahagian lengan anda
2. Begitu selesa dengan pemilihan jenis kain yang berkualiti seperti koshibo dan wool peach
3. Grip pada 2 bahagian depan dan belakang tidak menyakitkan dan direka sesuai dengan keadaan lengan anda.
3. Pelbagai kaler yang menarik mengikut warna baju anda. Kombinasi warna baju dan S.Lengan yang baik, menyemarakkan semangat anda di awal pagi.
4. Benang getah yang digunakan adalah berkualiti dan tidak mudah cepat longgar.
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, October 31, 2012 0 comments
http://www.butik-muslim.com.my sudah tiada lagi !
Saturday, October 27, 2012
Assalamualikum buat pembaca sekelian...
Bagi yang biasa melayari http://www.butik-muslim.com.my....kami mengambil kesempatan di sini ingin mengumumkan bahawa web site tersebut sudah tiada lagi. Setakat ini kami hanya menggunakan blog stokinlengan ini dan fb butik.humaira sebagai perantaraan pemasaran dan rujukan terkini pelanggan. Jadi kami berharap agar sahabat semua tidak lg melayari website tersebut untuk mengetahui perkembangan Stokin Lengan Humaira. Kami sedang dalam proses membangunkan satu lagi website untuk rujukan para pelanggan sekelian. InsyaAllah sekiranya sudah siap, kami akan mengumumkan alamatnya nanti.
Terima kasih atas perhatian anda.
Humaira Resources
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, October 27, 2012 0 comments
Promosi Bulan Oktober
Wednesday, October 10, 2012
PROMOSI
BULAN OKTOBER UNTUK PARA PENGEDAR SARUNG LENGAN HUMAIRA: Setiap
pembelian 100 pasang ke atas, anda layak mendapat sepasang handsock
tshirt dengan harga RM 5.00. Sangat Berbaloi...
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, October 10, 2012 0 comments
Stokin Lengan Zulaikha
Monday, October 8, 2012
- Panjang 16.5 inci
- Lebar pergelangan tangan 3.5 inci
- Getah kecil bahagian atas: regangan max 5.5 inci dan regangan min 3.5 inci.
- Panjang 17.5 inci
- Lebar pergelangan tangan 4.5 inci
- Getah kecil bahagian atas: regangan max 4.5 inci dan regangan min 6.5 inci.
- Hitam
- putih
- krim
- coklat muda
- merah
- pink
- biru
- purple
- Coklat gelap
- dll mengikut stok terkini.
Daripada Ummi Irsyad at Monday, October 08, 2012 0 comments
Katalog Produk
Friday, April 6, 2012
Assalamualaikum...
Kt bawah ni kami update katalog utk rujukan anda. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian 019 987 9680. Terima kasih
Daripada Ummi Irsyad at Friday, April 06, 2012 0 comments
Pengumuman agak penting....
Thursday, February 16, 2012
Assalamaualaikum...buat sahabat/sahabiah semua...
Kami nak maklumkan kepada semua....jika anda nak order mana2 design (utk handsocks), pastikan anda sms/ email kami dahulu utk pengesahan stok ye. Gambar yang diletakkan di laman ini bukanlah bermakna warna handsocks tu sentiasa ada, kadang2 kehabisan stok. Jadi mohon sangat2 utk bertanya stok terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meng'order'...mohon maaf sbb kami xsempat nak update stok yg ada utk 5design handsocks ,jadi picture handsocks tu mewakili koleksi design handsocks kami.
Mohon maaf atas kesulitan. Sebarang pertanyaan sms kepada 019 987 9680.
Terima Kasih atas sokongan
-Humaira-
Daripada Ummi Irsyad at Thursday, February 16, 2012 0 comments
Iklan banner
Friday, January 27, 2012
Alhamdulillah...banner telah siap ddesign pada minggu lepas dan dapat publish arini. Baneer ni tuk kami letakkan di kedai kami di Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Jika anda terlihat banner ni...sudi2kanlah singgah di kedai kami.
Untuk pengetahuan semua, kami baru aja melangkah setapak lg dlm bidang pakaian ni iaitu mengeluarkan dan menjual pakaian dan kelengkapan bayi yang mana ada antaranya kami jahit sendiri. Alhamdulillah ...sehingga kini kami dah mengeluarkan 2 design baju baby yang telah kami pasarkan disekitar kelantan...namun pengeluarannya hanya sekadar 'test market' aja. Dalam pasaran online ni kami belum berani kerana pengeluaran masih sedikit. InsyaAllah bila dah betul2 ready kami akan publishkan.
Terima kasih atas setiap sokongan anda dan kami berharap tautan ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga akhirat.
Jazakallah hu khairan kathira
-Humaira-
Daripada Ummi Irsyad at Friday, January 27, 2012 0 comments
Catatan 25 Jan 2012
Tuesday, January 24, 2012
Assalamualaikum...salam ceria penuh keberkatan..
Hari rabu yang penuh hikmah yg Allah ciptakan buat kita...pastinya ada kebaikan dan keberuntungan disebalik ciptaan Nya. InsyaAllah kita semua berada dlm keadaan yg terbaik dan sentiasa diredhai Allah selalu.
Mohon kemaafan yg tak terhingga buat pengujung blog ni, sbb terkadangkami xupdate post..buat pengetahuan kalian, kami sekarang sibuk menjahit tuk adakan stok lg kerana hampir kehabisan disebbkan kami buat sale selama lebih kurang seminggu dsekitar Kelantan. Alhamdulillah ...sambutan begitu memberangsangkan dan permintaan stokin lengan masa kini begitu baik. Alhamdulillah kesedaran terhadap penutupan aurat dikalangan masyarakat kita semakin meninggi dan diharapkan dengan adanya sarunglengan Humaira ni sedikit sebanyak membantu anda merialisasikan impian menutup aurat sepenuhnya.
Diantara Kajian kami yg tak seberapa ni, ada antara pelanggan yg datang adalah dikalangan pelajar sekolah samaada sek rendah dan menengah. Kami begitu terharu ada dikalangan pelajar darjah 1 datang utk mmbeli stokin lengan Humaira..kata ibunya sekolahnya pakai baju sukan lengan pendek, jadi dia nak tutup bahagian lengan hingga pergelangan tangannya. Begitu tinggi kesedaran adik ni.Alhamdulillah...semoga anak2 kita juga mempunyai pemikiran cerdik dan bijak sebagaimana adik ini.
Ramai juga pelaggan kami dikalangan guru2. Pemakaian baju yg berlengan agak luas spt baju kurung moden dan blouse menyebbkan lengannya baju jatuh kebawah semasa mengajar,so menampakan pergelangan tangan sehingga ke pangkal siku. Jadi guru yg ada kesedaran agama pasti xingin lengannya diperhati oleh murid2nya yg sebahagiannya adalah lelaki.
Penggunaan stokin lengan juga pastinya menjadi keperluan mengerjakan haji atau umrah. Alhamdulillah...sehingga kini makcik2 yg ingin mengerjakan rukun Islam ke 5 itu pastinya mencari sarung lengan humaira utk keperluan melontar dan sebagainya sebagai melengkapi syarat penutupan aurat.
Dan ada juga pelanggan yg sememangnya memakai sarung lengan kemana sahaja mereka pergi...Alhamdulillah mereka menjadikan sarung lengan sebahagian dari pekaian mereka. Kami amat berharap dengan adanya kami sebagai sebahagian pengeluar stokin lengan dapat sedikit sebanyak membantu anda mendapatkan sarung lengan yang sesuai dan selesa bagi keperluan anda.
Kami mempunya pelbagai jenis sarung lengan....keluaran pertama kami adalah stokin lengan Humaira spt dibawah...
Dari stokin jenis ni kami memberi nilai tambah dengan menambahkan renda dan menggunakan kain jenis lebih lembut dan agak mahal seperti dibawah:
dan
Kemudian kami mengadakan kepelbagaian sarung lengan dengan adanya sarung lengan yg menutupi sebahagian atas tangan iaitu stokin lengan Jari seperti dibawah:
Kemudian kami keluarkan pula sarung lengan dari jenis Lycra. Jenis kain agak berat dan begitu selesa. Cthnya adalah seperti dibawah:
kami juga mengeluarkan sarung lengan dari jenis kain Lycra Cotton yg begitu selesa dan lembut ditangan. Pic dibawah adalah salah satu kaler yg kami keluarkan:
Yg latest adalah sarunglengan dari kain T-shirt yg boleh dipadankan dengan baju t-shirt. Kain ni bukan dr jenis kain licin. jadi walaupun bah depannya agak luas tp kemungkinan tuk ter'londeh' agak susah sbb kain tshirt punya struktur yg agak kukuh dan tidak lembik. Cth adalah spt dibawah:
Alhamdulillah...sabanyak 6 jenis stokin/sarung lengan kami design khusus untuk keselesaan anda dan Alhamdulillah daripada 6 jenis...5 jenis masih lg kami keluarkan dan yg satu lg kami hentikan sementara pengeluarannya iaitu Stokin jari. Ini kerana kami dalam proses menmbahnilai pada stokin jari dan menjadikan ia lebih selesa di lengan anda.
Harapan kami, Semoga dengan pembabitan kami dlm bidang ini dapat sedikit sebanyak membantu anda menutup aurat dengan lebih selesa dan dalam masa yg sama menjadikan kita muslimah yang 'smart' dan anggun...bukan lg muslimah yg selekeh dan tidak menutup aurat dan dipandang rendah oleh masyarakat umum. Jom ubah penampilan....!
Akhir kalam....jagalah akhiratmu...nescaya dunia akan ikut terjaga.
Wsalam...
Humaira Resources
Daripada Ummi Irsyad at Tuesday, January 24, 2012 0 comments