Alhamdulillah...banner telah siap ddesign pada minggu lepas dan dapat publish arini. Baneer ni tuk kami letakkan di kedai kami di Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Jika anda terlihat banner ni...sudi2kanlah singgah di kedai kami.
Untuk pengetahuan semua, kami baru aja melangkah setapak lg dlm bidang pakaian ni iaitu mengeluarkan dan menjual pakaian dan kelengkapan bayi yang mana ada antaranya kami jahit sendiri. Alhamdulillah ...sehingga kini kami dah mengeluarkan 2 design baju baby yang telah kami pasarkan disekitar kelantan...namun pengeluarannya hanya sekadar 'test market' aja. Dalam pasaran online ni kami belum berani kerana pengeluaran masih sedikit. InsyaAllah bila dah betul2 ready kami akan publishkan.
Terima kasih atas setiap sokongan anda dan kami berharap tautan ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga akhirat.
Jazakallah hu khairan kathira
-Humaira-
Iklan banner
Friday, January 27, 2012
Daripada Ummi Irsyad at Friday, January 27, 2012 0 comments
Catatan 25 Jan 2012
Tuesday, January 24, 2012
Assalamualaikum...salam ceria penuh keberkatan..
Hari rabu yang penuh hikmah yg Allah ciptakan buat kita...pastinya ada kebaikan dan keberuntungan disebalik ciptaan Nya. InsyaAllah kita semua berada dlm keadaan yg terbaik dan sentiasa diredhai Allah selalu.
Mohon kemaafan yg tak terhingga buat pengujung blog ni, sbb terkadangkami xupdate post..buat pengetahuan kalian, kami sekarang sibuk menjahit tuk adakan stok lg kerana hampir kehabisan disebbkan kami buat sale selama lebih kurang seminggu dsekitar Kelantan. Alhamdulillah ...sambutan begitu memberangsangkan dan permintaan stokin lengan masa kini begitu baik. Alhamdulillah kesedaran terhadap penutupan aurat dikalangan masyarakat kita semakin meninggi dan diharapkan dengan adanya sarunglengan Humaira ni sedikit sebanyak membantu anda merialisasikan impian menutup aurat sepenuhnya.
Diantara Kajian kami yg tak seberapa ni, ada antara pelanggan yg datang adalah dikalangan pelajar sekolah samaada sek rendah dan menengah. Kami begitu terharu ada dikalangan pelajar darjah 1 datang utk mmbeli stokin lengan Humaira..kata ibunya sekolahnya pakai baju sukan lengan pendek, jadi dia nak tutup bahagian lengan hingga pergelangan tangannya. Begitu tinggi kesedaran adik ni.Alhamdulillah...semoga anak2 kita juga mempunyai pemikiran cerdik dan bijak sebagaimana adik ini.
Ramai juga pelaggan kami dikalangan guru2. Pemakaian baju yg berlengan agak luas spt baju kurung moden dan blouse menyebbkan lengannya baju jatuh kebawah semasa mengajar,so menampakan pergelangan tangan sehingga ke pangkal siku. Jadi guru yg ada kesedaran agama pasti xingin lengannya diperhati oleh murid2nya yg sebahagiannya adalah lelaki.
Penggunaan stokin lengan juga pastinya menjadi keperluan mengerjakan haji atau umrah. Alhamdulillah...sehingga kini makcik2 yg ingin mengerjakan rukun Islam ke 5 itu pastinya mencari sarung lengan humaira utk keperluan melontar dan sebagainya sebagai melengkapi syarat penutupan aurat.
Dan ada juga pelanggan yg sememangnya memakai sarung lengan kemana sahaja mereka pergi...Alhamdulillah mereka menjadikan sarung lengan sebahagian dari pekaian mereka. Kami amat berharap dengan adanya kami sebagai sebahagian pengeluar stokin lengan dapat sedikit sebanyak membantu anda mendapatkan sarung lengan yang sesuai dan selesa bagi keperluan anda.
Kami mempunya pelbagai jenis sarung lengan....keluaran pertama kami adalah stokin lengan Humaira spt dibawah...
Dari stokin jenis ni kami memberi nilai tambah dengan menambahkan renda dan menggunakan kain jenis lebih lembut dan agak mahal seperti dibawah:
dan
Kemudian kami mengadakan kepelbagaian sarung lengan dengan adanya sarung lengan yg menutupi sebahagian atas tangan iaitu stokin lengan Jari seperti dibawah:
Kemudian kami keluarkan pula sarung lengan dari jenis Lycra. Jenis kain agak berat dan begitu selesa. Cthnya adalah seperti dibawah:
kami juga mengeluarkan sarung lengan dari jenis kain Lycra Cotton yg begitu selesa dan lembut ditangan. Pic dibawah adalah salah satu kaler yg kami keluarkan:
Yg latest adalah sarunglengan dari kain T-shirt yg boleh dipadankan dengan baju t-shirt. Kain ni bukan dr jenis kain licin. jadi walaupun bah depannya agak luas tp kemungkinan tuk ter'londeh' agak susah sbb kain tshirt punya struktur yg agak kukuh dan tidak lembik. Cth adalah spt dibawah:
Alhamdulillah...sabanyak 6 jenis stokin/sarung lengan kami design khusus untuk keselesaan anda dan Alhamdulillah daripada 6 jenis...5 jenis masih lg kami keluarkan dan yg satu lg kami hentikan sementara pengeluarannya iaitu Stokin jari. Ini kerana kami dalam proses menmbahnilai pada stokin jari dan menjadikan ia lebih selesa di lengan anda.
Harapan kami, Semoga dengan pembabitan kami dlm bidang ini dapat sedikit sebanyak membantu anda menutup aurat dengan lebih selesa dan dalam masa yg sama menjadikan kita muslimah yang 'smart' dan anggun...bukan lg muslimah yg selekeh dan tidak menutup aurat dan dipandang rendah oleh masyarakat umum. Jom ubah penampilan....!
Akhir kalam....jagalah akhiratmu...nescaya dunia akan ikut terjaga.
Wsalam...
Humaira Resources
Daripada Ummi Irsyad at Tuesday, January 24, 2012 0 comments