Assalamualaikum....kepada semua pengunjung blog stokin lengan.
Selamat menyambut tahun baru Masihi 2012 dan mohon maaf sbb xdapat nak ucap Selamat tahun baru Muharram dulu....dah nak habis dah bulan muharram...xdapat nak berblog sbb ada ahli keluarga yg meninggal pd pg 1 Muharram....dan skang ni dah hampir penamat Muharram dan dah hampir 40 hari kematian atukku.
Apa-apapun yg pergi tetap pergi dan kita yg tinggal ni perlu meneruskan perjalanan kehidupan yang mana kita semua juga akan melalui saat-saat kematian sepertimana yg dilalui oleh mereka telah pergi alami. Sesetengan org berkata....kita sebenarnya bukannya 'mati' tapi kita sebenarnya masih hidup namun telah beralih alam. Dari alam dunia kepada alam barzakh....roh kita akan berada dialam barzakh dan menunggu utk beralih ke alam akhirat. Suka duka kita menghuni alam barzakh bergantung kepada amal kita didunia dan jika di alam barzakh kita dlm keadaan baik maka di akhirat jua sepertimana dialam barzakh malah lebih dari itu kebaikan yg Allah balas. Tapi jika di alam Barzakh pun kita dah dapat keburukan...di akhirat sana tunggulah pembalasan yg lebih dahsyat dr penerimaan kita ketika di alam barzakh.Ya Allah...semoga kita semua ditempatkan dikalangan mukmin dan mukminah solehah.....
Pada tahun baru ni...perlulah kita semua menanam azam supaya kita bebas dari neraka Allah dan dapat pembalasan yg baik diakhirat....sepatutnya itulah azam kita...kerana sebetulnya itulah destinasi perjalanan kita...memang tidak salah kita menanam azam untuk menjadi kaya dan bahgia tp perlu kita ingat wang....rumah besar..kereta besar dan harta benda hanya kita miliki selagi hayat dikandung badan sahaja. Bila dah nyawa kita diambil oleh Malaikat Maut, harta sudah tidak berguna lg..yg berguna pada ketika itu ialah amal yg soleh yg kita lakukan semasa masih bernafas. Itulah teman kita dikala kita hanya dibungkus kain putih sahaja. Segala harta sudah tiada gunanya lg.
Oleh itu, marilah kita perbetulkan setiap inci kehidupan kita agar perjalanannya seiring dengan perjalanan abadi yg sepatutnya kita lalui... Semoga di tahun baru ini kita menjadi lebih baik dan mulia dari tahun2 sebelumnya dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin
Selamat Menyambut Tahun Baru
Saturday, December 31, 2011
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, December 31, 2011 0 comments
Memperkenalkan Produk baru kami: Handsock Lycra cotton
Sunday, December 25, 2011
Assalamualaikum.... Sy ingin memperkenalkan produk baru kami, Sarung Lengan Muslimah/ Lycra Cotton dari kain jenis lycra cotton
Saiz yang available M,L dan XL
1. Saiz M -
Panjang: 10-11 inci
Material: Lycra Cotton
Harga borong: RM 6.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 8.00
Ukurlilit tangan: min 6.5 cm max 10 cm
Ukurlilit lengan atas: min 9 cm max 16 cm
2. Saiz L -
Panjang: 15.5 inci
Material: Lycra Cotton
Harga borong: RM 8.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 10.00
Ukurlilit tangan: min 6.5 cm max 10 cm
Ukurlilit lengan atas: min 9.5 cm max 17 cm
Panjang: 18 inci
Material: Lycra Cotton
Harga borong: RM 10.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 15.00
Ukurlilit tangan: min 6.5 cm max 10 cm
Ukurlilit lengan atas: min 9.5 cm max 30 cm


Daripada Ummi Irsyad at Sunday, December 25, 2011 0 comments
Stok Handsock Humaira sehingga 29 dec 2011
Assalamualaikum
Kepada semua sahabat...mohon maaf sbb xdapat nak update blog ni. Stok sentiasa kekurangan untuk sy publish dlm blog. Mohon maaf yg teramat. Setelah sekian lama hari ni barulah sy berpeluang updatekan stok terkini handsock humaira. Dibawah ni sy letakkan 2 saiz handsock yg ada dlm stok kami.
Saiz M:
Dari kiri: Meroon, Purple muda, turquoise,birumuda,coklat,hitam,coklatputih,pink,kelabu,hijaumuda,putihnila dan coklatmuda.
Saiz L:
Dari kiri: Purplemuda,putihnila,coklatijau,birumuda,turquoise,hitam dan coklat.
Daripada Ummi Irsyad at Sunday, December 25, 2011 0 comments
Handsock Humaira (Jenis KAin LYCRA)
Monday, October 10, 2011
STOKIN LENGAN HUMAIRA (Jenis kain LYCRA)
Terdapat dalam 2 saiz:
1. Saiz M: Panjang 10-11 inci
Sesuai dipakai bersama baju kurung, jubah, t shirt lengan panjang
2. Saiz XL: Panjang 17.5-18 inci
Direka atas permintaan kaum Tiong Hua. Mereka suka pakai baju yg
tiada lengan atau lengan separuh. Mereka nak pakai masa driving.
Keistimewaan:
1. Kain jenis sejuk dan lembut.
2. Tidak gelembung dihadapan (Pergelangan tangan)
3. Mudah dibasuh jika kotor.
4. Warna sharp.
5. Tidak berbulu
6. Jenis kain yang elastik menambahkan keselesaan pemakai.
Harga:
1. Saiz M RM 8
2. Saiz XL RM 15
warna available: Hitam sahaja
nsyaAallah, next penegluaran, kami adakan pelbagai kaler.
Daripada Ummi Irsyad at Monday, October 10, 2011 0 comments
Sarung lengan Renda
Saturday, September 10, 2011
Pengumuman:
Stok Untuk sarung lengan renda warna hitam saiz M & L telah dikeluarkan. Kepada pelanggan yg ingin mendapatkan sarung lengan kaler hitam tersebut, harap dapat buat tempahan dgn segera.Stok kain agak terhad.
Namun, pd pelanggan yg telah mmbuat tempahan, harap bersabar...kami sedang berusaha menyiapkan tempahan anda mengikut keutamaan. first come first serve.
Stok kain utk Sarung Lengan Renda:
1. Pink (M)-L dah habis
2. Putih (M)
3. Hijau Muda (M)
4. Blue black (M)
5. Hitam (M,L)
6. Putih Nila (M)
7. Dark choc (M)-L dah habis
Harap dapat membuat tempahan mengikut stok kain yang ada.
Terima Kasih
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, September 10, 2011 0 comments
Aidilfitri 2011
Saturday, September 3, 2011
Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah..meriahnya menyambut aidilfitri tahun ini..memandangkan warga stokin lengan Humaira baru pertama kali beraya bersama, jadi suasana memang seronok dan gembira sekali. Sanak saudara datang berkunjung, tidak lupa juga sikecil2 yang memakai baju raya berwarna warni yang di serikan oleh bunyian kasut ketika berjalan. wah! sungguh meriah apabila sanak saudara yg sudah bertahun tidak berjumpa, sesekali berjumpa terlalu banyak topik yang nak dibualkan sehingga terlupa juadah yg terhidang..semoga kemeriahan ini berpanjangan dan mendapat keberkatan Allah.
Walaupun begitu, sgt sayu bila mengenangkan pemergian ramadhan yang entah jumpa entah tidak ditahun hadapan. Rasa diri belum puas meratah kenikmatan ramadhan, belum puas merasai ketenangan malam lailatul qadar, ia telah berlalu tanpa membawa kita bersama. Alangkah indahnya jika kita dibawa bersama ramadhan....setiap amalan digandakan dan dikala itu hati kan tenang setenang2nya apabila Allah mengkhabarkan 2 berita gembira buat mereka yg bepuasa iaitu, kegembiraan di kala berbuka dan kegembiraan dikala bertemu denganNya kelak. Inilah kegembiraan yg ygdicari2 oleh setiap rohani setiap insan, namun kadangkala terhijab dek dosa dan noda yang dilakukan oleh diri insan tersebut.Marilah kita muhasabah diri, setakat mana kepuasan rohani kita setelah melalui ramadhan yang penuh pengujian. Semoga kita diberkati dan dilindungi Allah sentiasa.
untuk pengetahuan pelanggan yg dihormati,
Kami bercuti selama seminggu bermula diri sehari sebelum raya sehingga ke raya yang ke 6.
Jadi kami membuka semula sebarang tempahan dari pelanggan 2 yg ingin membuat tempahan sebelum hari raya & setelah tempahan ditutup tempoh hari.
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, September 03, 2011 0 comments
Ramadhan 2011
Wednesday, August 3, 2011
Assalamualaikum...
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Ramadhan menjelma lagi untuk kesekian kalinya dan bersykurlah kita kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bertemu lagi bulan yang penuh keberkatan ini.
Bagi pihak stokin lengan humaira, saya mendoakan anda diberkati dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Marilah sama kita mengejar limpahan pahala dan ganjaran yang Allah sediakan pada bulan ini. Hentikan semua perkara maksiat yang kita lakukan samaada sedar atau tidak. JIka kita masih lg terawang-awang mencari sesuatu yang pasti, berdoalah kepadNya, kerana Dialah yang berkuasa memberi hidayah dan juga berkuasa menarik hidayah dari kita. Janganlah pula kita mencari selain dia jikakita ditimpa sebarang musibah atau kesusahan sepanjang perjalann menuju Tuhan.
Sedarlah sahabat....segala yang kita alami seblm n selepas ini adalah ketentuan dari Dia. Sebagai manusia kita patut menerima apa yang tertulis untuk kita...satu perkara penting untuk renungan kita bersama....seperitmana pun kehidupan kita atau sebahagiamana pun nikmat yg kita rasakan ...jangan lupa pada Allah kerana Dialah yang memberi kesusahan/kenikmatan itu untuk kita. Bersykurlah walau ditimpa musibah kerana setiap kejadian yang berlaku itu..ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi terkadang tanpa kita sedari. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan diri kita sendiri....
Sedar tidak sedar ramdhan tahun ini menjelma lg dan marilah kita rebut peluang beramal dan lakukan sebanyakmana yg termampu kita lakukan kerana belum tentu ramadhan tahun hadapan kita akan diberi peluang utk bersamanya. Jika kita lihat berapa ramai sanak saudara, rakan taulan malah mereka yang jauh dr kita tidak berpeluang menyambut ramadhan tahun ini...mereka dipanggil oleh Allah sebelm kehadiran ramadhan malah ada yang dijemput sehari sebelum ramadhan...Ya Allah...izinkan kami memperbanyakkan amal ibadat kepadaMua sebelum sampai ajalkami. Ya Allah selamatkan kami...Sallim na Ya Rabb...
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, August 03, 2011 0 comments
Promosi borong
Monday, July 4, 2011
PROMOSI BORONG
Kami mengadakan promosi borong sempena hari raya dan juga menghargai pelanggan yang menyokong kami dari awal pengiklanan sehingga kini. Terima kasih semua:
Promosi bermula 1 syaaban sehingga 1 syawal 1432 hijrah
Harga borong:
Saiz S : RM 4.00
Saiz M :RM 4.50
Saiz L :RM 6.00
Minimum pembelian asal: 50 pasang
Promosi borong: Minimum pembelian 30 pasang sahaja
Important Note:
Promosi ini hanyalah untuk biasa (tiada renda) sahaja.
Daripada Ummi Irsyad at Monday, July 04, 2011 0 comments
New Design...
Monday, June 27, 2011
Design terbaru...Stokin Lengan Muslimah/ Design Renda
Pandangan dekat: cth warna krim
Terdapat pelbagai warna yang menawan
1. Saiz M -
Panjang: 10-11 inci
Material: Lembut dan selesa: skinwash, snowwash, koshibo type 1
Harga borong: RM 6.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 8.00
Ukurlilit tangan: min 7 cm max 13 cm
Ukurlilit lengan atas: min 8 cm max 16 cm
Panjang: 14-15 inci
Material: Lembut dan selesa: skinwash, snowwash, koshibo type 1
Harga borong: RM 8.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 10.00
Ukurlilit tangan: min 7 cm max 13 cm
Ukurlilit lengan atas: min 10 cm max 18 cm
Kami mengeluarkan Stokin Lengan Muslimah sebagai alternatif kepada umat Islam yang dihidangkan dengan pelbagai jenis stokin lengan yang tidak menepati syariat dan tidak selesa dipakai.Stokin Lengan ini direka khusus untuk keselsaan anda.
Kelebihan Stokin Lengan Muslimah/ jenis renda:
1. Kain yang digunakan adalah dari kain yang bermutu dan lembut.
2. Tidak mudah luntur warna
3. Sangat selesa dan tidak ketat atau panas
4. Sesuai dipakai bersama pelbagai jenis pakaian samaada baju kurung, jubah, t-shirt
atau uniform kerja.
5. Sesuai dengan tuntutan syariat kerana tidak ketat dan tidak menampakkan aurat.
Daripada Ummi Irsyad at Monday, June 27, 2011 0 comments
Makluman 26/ 5/2011
Wednesday, May 25, 2011
Assalamualaikum...w.b.t
Kepada semua sahabat, Saya offline selama 4hari kerana menyertai Karnival Belia di putrajaya bermula 27 Mei sehingga 30 Mei 2011..
Untuk sebarang tempahan, harap dapat call/sms ke no h/p saya ye.
TQ
Irni
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, May 25, 2011 0 comments
Produk baru: Stokin Jari Tangan
Monday, May 2, 2011
news 4 ogos 2011: Stokin jari tangan kehabisan stok. Saya akan beritahu jika stok sampai. Terima kasih.
Stokin Jari Tangan
Stok terhad
Kelebihan:
Menutupi sebahagian besar tangan. Digemari oleh mereka yang 'drive' n 'biker'.
Sangat sesuai dipakai dengan apa jua busana. Baju kurung, Jubah, mini jubah...T-shirt lengan panjang atau apa jua jenis pakaian.
Harga sangat berpatutan
Daripada Ummi Irsyad at Monday, May 02, 2011 0 comments
Promosi Tamat
Dukacita dimaklumkan...tempoh promosi telah tamat. Harga adalah seperti biasa. Kepada yang masih bertanya tentang promosi....buat masa sekarang...syarikat tidak akan melanjutkan tempoh promosi kerana stok hadiah sudah habis.
InsyaAllah..kami akan mengumumkan jika ada tawaran-tawaran terkini stokin lengan humaira.
Terima kasih
Daripada Ummi Irsyad at Monday, May 02, 2011 0 comments
Makluman utk anda...
Monday, April 4, 2011
Tarikh akhir PROMOSI hampir berakhir. Jika anda bercadang tuk memiliki handsock HUMAIRA bersama hadiah2 yg ditawarkan, pastikan anda menempah atau membeli terus seblm 10 APRIL 2011. Selepas tarikh tersebut, harga kembali seperti biasa dan tiada lagi hadiah ditawarkan.AMBIL LANGKAH SEGERA, stok pun masih berbaki lagi....
Terima KAsih :)
Daripada Ummi Irsyad at Monday, April 04, 2011 0 comments
Ukuran Handsock
Saturday, March 26, 2011
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, March 26, 2011 0 comments
Labels: sarung lengan, arm sock Ukuran Lengan stokin lengan
Promosi Hebat ...
Friday, March 25, 2011
Sempena Pembukaan kedai ONLINE HUMAIRA...Butik Muslim
Selamat Datang ke http://www.butik-muslim.com.my
SETIAP PEMBELIAN RUNCIT 10 PASANG STOKIN LENGAN HUMAIRA, ANDA BERHAK MEMILIKI SALAH SATU DARI ITEM DIBAWAH
DAN...................
SETIAP PEMBELIAN RUNCIT 20 PASANG STOKIN LENGAN HUMAIRA, ANDA BERHAK MEMILIKI SEMUA ITEM DIBAWAH...MAKNANYA PERCUMA STOKIN KAKI, STOKIN LENGAN, BEG HANDPHONE YANG COMEL.
TAWARAN INI SAH SEHINGGA 10 APRIL 2011DAN SEHINGGA STOK HADIAH MASIH ADA.
STOKIN LENGAN. ANDA JIMAT RM 6.00
STOKIN KAKI. ANDA JIMAT RM6.00
BEG HANDPHONE...sgt cantik..cute. ANDA JIMAT RM 6.00
JIKA ANDA MEMBELI 20 PASANG STOKIN LENGAN PELBAGAI SAIZ BERMAKNA ANDA JIMAT RM 18.00
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI....ANDA BOLEH BERPAKAT ATAU BERKONGSI DENGAN RAKAN2 SEKULIAH, SEPEJABAT, SERUMAH, ATAU SAHABAT SEHATI DAN SEJIWA BAGI MEMENUHI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN...SILA...SILA...
BAGI YANG TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBELI....SMS/EMAIL KE:
SMS:019 987 9680
EMAIL: irnizal@gmail.com (SERIOUS BUYER ONLY OKEY!)
TARIKH TUTUP TAWARAN: 10 APRIL 2011
TERIMA KASIH
Daripada Ummi Irsyad at Friday, March 25, 2011 0 comments
Labels: sarung lengan, arm sock free gift, promosi stokin lengan
Singgah ke Butik Muslim
Wednesday, March 23, 2011
Jom Singgah Ke Butik Muslim
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, March 23, 2011 0 comments
Stok Sehingga 30 Mac 2011
Monday, March 21, 2011
Salam..Mohon maaf Ir tak update agak lama. Ramai yg tertanya-tanya kuantiti handsock terkini.Maaf banyak2. Kepada yang ingin meng'order'....dialu-alukan..Terima kasih
Saiz L
Hitam: 10 Psg
Putih : 6 psg
Kuning Muda: 6 psg
Kuning Terang: 3 psg
Oren Muda: 1 psg
Pink Muda: 11 psg
Pink Terang: 12 psg
Meroon: 10 psg
Hijau Muda: 5 psg
Coklat Muda: 10 psg
Kelabu Muda: 7 psg
Kelabu Tua: 10 psg
Purple Terang: 0 psg
Krim: 9 psg
Saiz M
Hitam: 50 Psg
Putih : 10 psg
Putih Nila: 20 psg
Kuning Muda: 2 psg
Oren Muda: 4 psg
Peach Muda: 18 psg
Merah Darah ikan: 2 psg
Pink Muda: 3 psg
Pink Terang: 9 psg
Meroon: 13 psg
Biru Muda: 5 psg
Biru Tua (Blue Black): 3 psg
Turqois muda: 10 psg
Hijau Muda: 9 psg
Hujau Tua: 5 psg
Hijau Apple: 3 psg
Coklat Muda: 11 psg
Coklat Terang: 5 psg
Coklat Gelap: 3 psg
Kelabu Muda: 2 psg
Kelabu Tua: 5 psg
Purple Muda: 2 psg
Purple Tua: 0 psg
Saiz s
Hitam: 4 psg
Peach Terang: 1 psg
Biru Muda: 5 psg
Hijau Muda: 3 psg
Coklat Muda: 5 psg
Coklat Terang: 1 psg
Kelabu Tua: 2 psg
Krim: 5 psg
Daripada Ummi Irsyad at Monday, March 21, 2011 0 comments
Stok Sehingga 7 Mac 2011
Wednesday, March 2, 2011
Saiz L
Hitam: 21 Psg
Putih : 1 psg
Kuning Muda: 6 psg
Kuning Terang: 3 psg
Oren Muda: 1 psg
Pink Muda: 1 psg
Pink Terang: 2 psg
Meroon: 5 psg
Hijau Muda: 1 psg
Coklat Muda: 6 psg
Kelabu Muda: 1 psg
Kelabu Tua: 1 psg
Purple Terang: 2 psg
Krim: 9 psg
Saiz M
Hitam: 26 Psg
Putih : 4 psg
Putih Nila: 36 psg
Kuning Muda: 6 psg
Oren Muda: 4 psg
Peach Muda: 18 psg
Merah Darah ikan: 2 psg
Pink Muda: 3 psg
Pink Terang: 9 psg
Meroon: 13 psg
Biru Muda: 5 psg
Biru Tua (Blue Black): 6 psg
Turqois muda: 3 psg
Hijau Muda: 9 psg
Hujau Tua: 5 psg
Hijau Apple: 3 psg
Coklat Muda: 11 psg
Coklat Terang: 5 psg
Coklat Gelap: 3 psg
Kelabu Muda: 2 psg
Kelabu Tua: 5 psg
Purple Muda: 2 psg
Purple Tua: 7 psg
Saiz s
Hitam: 6 psg
Peach Terang: 2 psg
Biru Muda: 4 psg
Hijau Muda: 3 psg
Coklat Muda: 2 psg
Coklat Terang: 1 psg
Kelabu Tua: 2 psg
Krim: 9 psg
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, March 02, 2011 0 comments
Stok stokin lengan sehingga 28 feb 2011
Wednesday, February 23, 2011
Saiz L:
Hitam: 17 Pasang
Grey: 2 Pasang
Krim: 10 Pasang
Meroon: 1 psg
Putih : 2 psg
Biru : 4 psg
Coklat: 6 psg
Pink: 1 pasang
Biru (Turquoise muda): 20 pasang
Biru (Turquoise tua): 20 pasang
Saiz M
Hitam: 27 Pasang
Coklat muda: 13 Pasang
Krim: 1 Pasang
Meroon: 10 pasang
Biru : 3 pasang
Hijau:2 pasang
Purple: 5 pasang
Light purple: 2 psg
Putih : 1psg
Peach :3 psg
Pink: 6 pasang
Saiz s:
Hitam: 6 Pasang
Coklat muda: 2 Pasang
Krim: 9 Pasang
Peach : 1 psg
Biru nila: 1 psg
Light blue: 2 pasang
blueblack: 2 psg
Pink: 10 pasang
Jika pilihan anda tiada dalam stok...anda perlulah menempah 1 minggu sebelm penghantaran dibuat.
TQ
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, February 23, 2011 0 comments
Stok stokin lengan sehingga 20 feb 2011
Friday, February 11, 2011
Stok terkini Stokin lengan Humaira Sehingga Jumaat (20 feb 2011)
Saiz L:
Hitam: 50 Pasang
Grey: 20 Pasang
Krim: 20 Pasang
Meroon: 10 psg
Putih : 20 psg
Biru : 10 psg
Coklat: 15 psg
Pink: 10 pasang
Biru (Turquoise muda): 20 pasang
Biru (Turquoise tua): 20 pasang
Saiz M
Hitam: 100 Pasang
Coklat muda: 30 Pasang
Krim: 10 Pasang
Meroon: 50 pasang
Biru : 35 pasang
Hijau:25 pasang
Purple: 25 pasang
Light purple: 32 psg
Putih : 60psg
Peach :10 psg
Pink: 12 pasang
Saiz s:
Hitam: 15 Pasang
Coklat muda: 19 Pasang
Krim: 10 Pasang
Peach : 10 psg
Biru nila: 10 psg
Light blue: 20 pasang
Pink: 10 pasang
Jika pilihan anda tiada dalam stok...anda perlulah menempah 1 minggu sebelm penghantaran dibuat.
TQ
Daripada Ummi Irsyad at Friday, February 11, 2011 0 comments
Mengapa wanita wajib tutup aurat
Friday, February 4, 2011
Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah
dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut
keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian
"WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai
menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa
banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara
mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam
Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat
mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang
HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan
dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku
beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana
berikut;
Nas Pertama
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur:31}
Nas Kedua
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]
1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat. Khilaf ulama' dalam
mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur
(24). Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur
ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari
tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah
"aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.
Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan
dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab
RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan
wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.
Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn
Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326) beliau berpendapat maksud
`aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik
akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna
wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya
dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan
Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri,
maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni
(mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn
Arabi.
MASALAH PERTAMA: Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi.
Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:
a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan
di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur
fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak
tangan.
b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak
tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.
Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib
ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan
menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.
Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat
yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.
Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya
haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka
bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua
anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan
syahwat.
c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih
berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga
melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut,
bulu kemaluan dan lain-lain.
Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan
dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.
MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan
melihat perempuan.
Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut
sebagaimana auratnya di hadapan mahram.
MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.
Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang
ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).
MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya
Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia
melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.
MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah
pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar
Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai
zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).
MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)
Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga
bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu
selain dari anggota di antara pusat dan lutut.
MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan
Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang
merdeka (lihat masalah pertama).
MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan
Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai
peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya. Diharuskan
kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak
perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan
menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh
terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.
Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana
faraj kanak-kanak perempuan.
MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua
Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang
telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.
MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi
seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)
Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut
mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.
Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.
MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki
Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat
dan lutut lelaki lain.
MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi
janggut atau bulu (amrad)
Haram melihatnya dengan syahwat.
MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan
Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).
MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah
Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan
perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan
auratnya kepada lelaki kafir.
MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi
Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah
pertama).
MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang
terpelihara kehormatannya
Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di
hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian
(hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)
MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri
Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:
a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba
perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya
lebih-lebih lagi batin farajnya.
b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh
duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.
c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi.
Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya
(lihat masalah kesepuluh).
MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami
Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).
MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat
Masalah di sekitar hukum ini ialah: a) Haram menyentuh sesuatu yang
haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang
lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan
kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.
b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di
dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu
tilam.
Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki
atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik
beradik lelaki dan perempuan.
c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika
berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan
fitnah dan tidak dengan syahwat.
d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama
perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki
atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau
dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari
fitnah dan syahwat.
e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan
melihatnya kerana hendak meminang.
f) Hukum berjabat tangan.
i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang
ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:
Dalil pertama: Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah
Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah,
tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu
dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang
biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah
dijalankan.
Dalil kedua: Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan
perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)
Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.
Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.
Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum
tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.
g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama
perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau
orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.
h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau
sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala
makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang
dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat,
orang kaya atau sebagainya.
i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.
j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih
sayang.
k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang
ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau
mengagungkannya.
l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.
KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT
Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua
ini, iaitu:
1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak
mengahwininya
2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.
Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.
3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual
beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk
mengenalinya.
4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi
saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.
5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam
atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat: a) Pengubatan itu
dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai. b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh
mengubatinya.
6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar
dengan syarat: a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita. b) Berkeuzuran
untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis
atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir. c) Ada mahram,
suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan
tersebut.
7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.
Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan
yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.
Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan
menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.
Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah,
semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai
sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36} . Allahu
A'lam
Rujukan
Al-Quran
Kitab-kitab tua
Al-Ahkam on line
Daripada Ummi Irsyad at Friday, February 04, 2011 0 comments
Aurat wanita
Dunia Sementara, Akhirat Kekal Abadi
Sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat’
* Rumah
* Ikraq-Bacalah
* Azab Bagi Wanita
aurat wanita. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam)
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “karena itu mereka tidak di ganggu”.
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki.
rujukan:
http://karqoon.wordpress.com/2009/07/07/khas-buat-wanita-tercinta-kenapa-mesti-wanita-menutup-aurat/
Daripada Ummi Irsyad at Friday, February 04, 2011 0 comments
Hukum Memakai stokin lengan
Diambil dari Blog Ustaz Azhar sarung lengan Ditulis oleh usnain Wednesday, 02 July 2008 assalamualaikum... ustaz.dh banyak soalan begini saya hantar tapi tiada jawapan. diharap ustaz dapat menjawab kali ini untuk saya mengubah apa yang tidak betul. apakah hukumnya memakai sarung lengan yang seperti sarung kaki itu. biasanya apabila memakai baju berlengan pendek atau 3suku, sarung lengan itu akan dipakai bagi menutup aurat lengan yang selebihnya. soalan saya,adakah boleh memakainya kerana sarung lengan itu memang ketat. seperti sarung kaki , menutupi kulit tetapi masih menunjukkan bentuk lengan kita. mohon penjelasan dari ustaz... wassalam ------------------------------------------------ w.salam Saya memohon kemaafan diatas kelewatan menjawab soalan2 yang telah dihantar. ini adalah kerana jadual kuliyah dan ceramah yang terlampau ketat. InsyaAllah saya akan cuba menyegerakan memberi jawapan agar semua penanya berpuas hati dan sesiapa yang masih belum dijawab saoalannya diharap bersabar. Diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya. Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.Ini adalah kerana bentuk aurat yaitu tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira2 tidak kelihatan bentuk lengannya. Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengankat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak. wallahua'lam
Dari blog us.Azhar.
Daripada Ummi Irsyad at Friday, February 04, 2011 0 comments
Stok tahun baru sehingga 30 Jan 2011
Saturday, January 22, 2011
Stok terkini Stokin lengan Humaira Sehingga Jumaat (30 Jan 2011)
Saiz L:
Hitam: 10 Pasang
Grey: 5 Pasang
Krim: 20 Pasang
Meroon: 10 psg
Putih : 20 psg
Biru : 10 psg
Coklat: 15 psg
Saiz M
Hitam: 40 Pasang
Coklat muda: 30 Pasang
Krim: 15 Pasang
Meroon: 10 pasang
Biru muda: 10 pasang
Hijau:10 pasang
Purple: 25 pasang
Light purple: 10 psg
Putih : 40psg
Peach :10 psg
Saiz s:
Hitam: 15 Pasang
Coklat muda: 19 Pasang
Krim: 10 Pasang
Peach : 10 psg
Biru nila: 10 psg
Light blue: 20 pasang
Jika pilihan anda tiada dalam stok...anda perlulah menempah 1 minggu sebelm penghantaran dibuat.
TQ
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, January 22, 2011 0 comments
Selamat Tahun Baru Masehi 2011
Wednesday, January 5, 2011
Assalamualaikum,
Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita meneruskan kehidupan di Alam Allah ini sementara menunggu dijemput pergi.
Berada di tahun baru ini..pastinya ramai yang menanam azam baru untuk kehidupan yang lebih cemerlang. Humaira Resources juga tidak ketinggalan menanam azam untuk meningkatkan dan membangun dengan lebih baik dari tahun-tahun yang berlalu.
Ditahun ini, InsyaAllah kami akan memperbanyakkan lg stok-stok 'panas' yang sentiasa kehabisan dan pada tahun ini juga kami akan menggunakan kain yang berkualiti dan pastinya memuaskan hati anda semua...insyaAllah. Kami sentiasa memastikan 'customer satisfaction' kerana itulah keutamaan dan target kami.Namun jika masih ada lg yang kurang dimata anda, saya selaku wakil memohon jutaan maaf dan berharap mendapat teguran membina dari anda semua.
InsyaAllah stok terbaru akan dipos dalam minggu ni..jika ada yg ingin membuat tempahan..sila lah berbuat demikian kerana stok tahun baru masih panas2 dan baru dibuka kepada tempahan.
Sekianlah sahaja..harap anda berpuas hati dan selesa dengan kualiti yang kami pilih khusus untuk anda. Akhir kalam..semoga tautan ini berpanjangan dan diredhai..amin
Terima Kasih
Salam keikhlasan:
Irni Noraidah Mustafa
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, January 05, 2011 0 comments