Assalamualaikum...
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Ramadhan menjelma lagi untuk kesekian kalinya dan bersykurlah kita kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bertemu lagi bulan yang penuh keberkatan ini.
Bagi pihak stokin lengan humaira, saya mendoakan anda diberkati dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Marilah sama kita mengejar limpahan pahala dan ganjaran yang Allah sediakan pada bulan ini. Hentikan semua perkara maksiat yang kita lakukan samaada sedar atau tidak. JIka kita masih lg terawang-awang mencari sesuatu yang pasti, berdoalah kepadNya, kerana Dialah yang berkuasa memberi hidayah dan juga berkuasa menarik hidayah dari kita. Janganlah pula kita mencari selain dia jikakita ditimpa sebarang musibah atau kesusahan sepanjang perjalann menuju Tuhan.
Sedarlah sahabat....segala yang kita alami seblm n selepas ini adalah ketentuan dari Dia. Sebagai manusia kita patut menerima apa yang tertulis untuk kita...satu perkara penting untuk renungan kita bersama....seperitmana pun kehidupan kita atau sebahagiamana pun nikmat yg kita rasakan ...jangan lupa pada Allah kerana Dialah yang memberi kesusahan/kenikmatan itu untuk kita. Bersykurlah walau ditimpa musibah kerana setiap kejadian yang berlaku itu..ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi terkadang tanpa kita sedari. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan diri kita sendiri....
Sedar tidak sedar ramdhan tahun ini menjelma lg dan marilah kita rebut peluang beramal dan lakukan sebanyakmana yg termampu kita lakukan kerana belum tentu ramadhan tahun hadapan kita akan diberi peluang utk bersamanya. Jika kita lihat berapa ramai sanak saudara, rakan taulan malah mereka yang jauh dr kita tidak berpeluang menyambut ramadhan tahun ini...mereka dipanggil oleh Allah sebelm kehadiran ramadhan malah ada yang dijemput sehari sebelum ramadhan...Ya Allah...izinkan kami memperbanyakkan amal ibadat kepadaMua sebelum sampai ajalkami. Ya Allah selamatkan kami...Sallim na Ya Rabb...
Ramadhan 2011
Wednesday, August 3, 2011
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, August 03, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment