Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah..meriahnya menyambut aidilfitri tahun ini..memandangkan warga stokin lengan Humaira baru pertama kali beraya bersama, jadi suasana memang seronok dan gembira sekali. Sanak saudara datang berkunjung, tidak lupa juga sikecil2 yang memakai baju raya berwarna warni yang di serikan oleh bunyian kasut ketika berjalan. wah! sungguh meriah apabila sanak saudara yg sudah bertahun tidak berjumpa, sesekali berjumpa terlalu banyak topik yang nak dibualkan sehingga terlupa juadah yg terhidang..semoga kemeriahan ini berpanjangan dan mendapat keberkatan Allah.
Walaupun begitu, sgt sayu bila mengenangkan pemergian ramadhan yang entah jumpa entah tidak ditahun hadapan. Rasa diri belum puas meratah kenikmatan ramadhan, belum puas merasai ketenangan malam lailatul qadar, ia telah berlalu tanpa membawa kita bersama. Alangkah indahnya jika kita dibawa bersama ramadhan....setiap amalan digandakan dan dikala itu hati kan tenang setenang2nya apabila Allah mengkhabarkan 2 berita gembira buat mereka yg bepuasa iaitu, kegembiraan di kala berbuka dan kegembiraan dikala bertemu denganNya kelak. Inilah kegembiraan yg ygdicari2 oleh setiap rohani setiap insan, namun kadangkala terhijab dek dosa dan noda yang dilakukan oleh diri insan tersebut.Marilah kita muhasabah diri, setakat mana kepuasan rohani kita setelah melalui ramadhan yang penuh pengujian. Semoga kita diberkati dan dilindungi Allah sentiasa.
untuk pengetahuan pelanggan yg dihormati,
Kami bercuti selama seminggu bermula diri sehari sebelum raya sehingga ke raya yang ke 6.
Jadi kami membuka semula sebarang tempahan dari pelanggan 2 yg ingin membuat tempahan sebelum hari raya & setelah tempahan ditutup tempoh hari.
Aidilfitri 2011
Saturday, September 3, 2011
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, September 03, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment