STOKIN LENGAN HUMAIRA (Jenis kain LYCRA)
Terdapat dalam 2 saiz:
1. Saiz M: Panjang 10-11 inci
Sesuai dipakai bersama baju kurung, jubah, t shirt lengan panjang
2. Saiz XL: Panjang 17.5-18 inci
Direka atas permintaan kaum Tiong Hua. Mereka suka pakai baju yg
tiada lengan atau lengan separuh. Mereka nak pakai masa driving.
Keistimewaan:
1. Kain jenis sejuk dan lembut.
2. Tidak gelembung dihadapan (Pergelangan tangan)
3. Mudah dibasuh jika kotor.
4. Warna sharp.
5. Tidak berbulu
6. Jenis kain yang elastik menambahkan keselesaan pemakai.
Harga:
1. Saiz M RM 8
2. Saiz XL RM 15
warna available: Hitam sahaja
nsyaAallah, next penegluaran, kami adakan pelbagai kaler.
Handsock Humaira (Jenis KAin LYCRA)
Monday, October 10, 2011
Daripada Ummi Irsyad at Monday, October 10, 2011 0 comments
Sarung lengan Renda
Saturday, September 10, 2011
Pengumuman:
Stok Untuk sarung lengan renda warna hitam saiz M & L telah dikeluarkan. Kepada pelanggan yg ingin mendapatkan sarung lengan kaler hitam tersebut, harap dapat buat tempahan dgn segera.Stok kain agak terhad.
Namun, pd pelanggan yg telah mmbuat tempahan, harap bersabar...kami sedang berusaha menyiapkan tempahan anda mengikut keutamaan. first come first serve.
Stok kain utk Sarung Lengan Renda:
1. Pink (M)-L dah habis
2. Putih (M)
3. Hijau Muda (M)
4. Blue black (M)
5. Hitam (M,L)
6. Putih Nila (M)
7. Dark choc (M)-L dah habis
Harap dapat membuat tempahan mengikut stok kain yang ada.
Terima Kasih
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, September 10, 2011 0 comments
Aidilfitri 2011
Saturday, September 3, 2011
Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah..meriahnya menyambut aidilfitri tahun ini..memandangkan warga stokin lengan Humaira baru pertama kali beraya bersama, jadi suasana memang seronok dan gembira sekali. Sanak saudara datang berkunjung, tidak lupa juga sikecil2 yang memakai baju raya berwarna warni yang di serikan oleh bunyian kasut ketika berjalan. wah! sungguh meriah apabila sanak saudara yg sudah bertahun tidak berjumpa, sesekali berjumpa terlalu banyak topik yang nak dibualkan sehingga terlupa juadah yg terhidang..semoga kemeriahan ini berpanjangan dan mendapat keberkatan Allah.
Walaupun begitu, sgt sayu bila mengenangkan pemergian ramadhan yang entah jumpa entah tidak ditahun hadapan. Rasa diri belum puas meratah kenikmatan ramadhan, belum puas merasai ketenangan malam lailatul qadar, ia telah berlalu tanpa membawa kita bersama. Alangkah indahnya jika kita dibawa bersama ramadhan....setiap amalan digandakan dan dikala itu hati kan tenang setenang2nya apabila Allah mengkhabarkan 2 berita gembira buat mereka yg bepuasa iaitu, kegembiraan di kala berbuka dan kegembiraan dikala bertemu denganNya kelak. Inilah kegembiraan yg ygdicari2 oleh setiap rohani setiap insan, namun kadangkala terhijab dek dosa dan noda yang dilakukan oleh diri insan tersebut.Marilah kita muhasabah diri, setakat mana kepuasan rohani kita setelah melalui ramadhan yang penuh pengujian. Semoga kita diberkati dan dilindungi Allah sentiasa.
untuk pengetahuan pelanggan yg dihormati,
Kami bercuti selama seminggu bermula diri sehari sebelum raya sehingga ke raya yang ke 6.
Jadi kami membuka semula sebarang tempahan dari pelanggan 2 yg ingin membuat tempahan sebelum hari raya & setelah tempahan ditutup tempoh hari.
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, September 03, 2011 0 comments
Ramadhan 2011
Wednesday, August 3, 2011
Assalamualaikum...
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Ramadhan menjelma lagi untuk kesekian kalinya dan bersykurlah kita kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bertemu lagi bulan yang penuh keberkatan ini.
Bagi pihak stokin lengan humaira, saya mendoakan anda diberkati dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Marilah sama kita mengejar limpahan pahala dan ganjaran yang Allah sediakan pada bulan ini. Hentikan semua perkara maksiat yang kita lakukan samaada sedar atau tidak. JIka kita masih lg terawang-awang mencari sesuatu yang pasti, berdoalah kepadNya, kerana Dialah yang berkuasa memberi hidayah dan juga berkuasa menarik hidayah dari kita. Janganlah pula kita mencari selain dia jikakita ditimpa sebarang musibah atau kesusahan sepanjang perjalann menuju Tuhan.
Sedarlah sahabat....segala yang kita alami seblm n selepas ini adalah ketentuan dari Dia. Sebagai manusia kita patut menerima apa yang tertulis untuk kita...satu perkara penting untuk renungan kita bersama....seperitmana pun kehidupan kita atau sebahagiamana pun nikmat yg kita rasakan ...jangan lupa pada Allah kerana Dialah yang memberi kesusahan/kenikmatan itu untuk kita. Bersykurlah walau ditimpa musibah kerana setiap kejadian yang berlaku itu..ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi terkadang tanpa kita sedari. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan diri kita sendiri....
Sedar tidak sedar ramdhan tahun ini menjelma lg dan marilah kita rebut peluang beramal dan lakukan sebanyakmana yg termampu kita lakukan kerana belum tentu ramadhan tahun hadapan kita akan diberi peluang utk bersamanya. Jika kita lihat berapa ramai sanak saudara, rakan taulan malah mereka yang jauh dr kita tidak berpeluang menyambut ramadhan tahun ini...mereka dipanggil oleh Allah sebelm kehadiran ramadhan malah ada yang dijemput sehari sebelum ramadhan...Ya Allah...izinkan kami memperbanyakkan amal ibadat kepadaMua sebelum sampai ajalkami. Ya Allah selamatkan kami...Sallim na Ya Rabb...
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, August 03, 2011 0 comments
Promosi borong
Monday, July 4, 2011
PROMOSI BORONG
Kami mengadakan promosi borong sempena hari raya dan juga menghargai pelanggan yang menyokong kami dari awal pengiklanan sehingga kini. Terima kasih semua:
Promosi bermula 1 syaaban sehingga 1 syawal 1432 hijrah
Harga borong:
Saiz S : RM 4.00
Saiz M :RM 4.50
Saiz L :RM 6.00
Minimum pembelian asal: 50 pasang
Promosi borong: Minimum pembelian 30 pasang sahaja
Important Note:
Promosi ini hanyalah untuk biasa (tiada renda) sahaja.
Daripada Ummi Irsyad at Monday, July 04, 2011 0 comments
New Design...
Monday, June 27, 2011
Design terbaru...Stokin Lengan Muslimah/ Design Renda

Pandangan dekat: cth warna krim
Terdapat pelbagai warna yang menawan
1. Saiz M -
Panjang: 10-11 inci
Material: Lembut dan selesa: skinwash, snowwash, koshibo type 1
Harga borong: RM 6.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 8.00
Ukurlilit tangan: min 7 cm max 13 cm
Ukurlilit lengan atas: min 8 cm max 16 cm
Panjang: 14-15 inci
Material: Lembut dan selesa: skinwash, snowwash, koshibo type 1
Harga borong: RM 8.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 10.00
Ukurlilit tangan: min 7 cm max 13 cm
Ukurlilit lengan atas: min 10 cm max 18 cm
Kami mengeluarkan Stokin Lengan Muslimah sebagai alternatif kepada umat Islam yang dihidangkan dengan pelbagai jenis stokin lengan yang tidak menepati syariat dan tidak selesa dipakai.Stokin Lengan ini direka khusus untuk keselsaan anda.
Kelebihan Stokin Lengan Muslimah/ jenis renda:
1. Kain yang digunakan adalah dari kain yang bermutu dan lembut.
2. Tidak mudah luntur warna
3. Sangat selesa dan tidak ketat atau panas
4. Sesuai dipakai bersama pelbagai jenis pakaian samaada baju kurung, jubah, t-shirt
atau uniform kerja.
5. Sesuai dengan tuntutan syariat kerana tidak ketat dan tidak menampakkan aurat.
Daripada Ummi Irsyad at Monday, June 27, 2011 0 comments
Makluman 26/ 5/2011
Wednesday, May 25, 2011
Assalamualaikum...w.b.t
Kepada semua sahabat, Saya offline selama 4hari kerana menyertai Karnival Belia di putrajaya bermula 27 Mei sehingga 30 Mei 2011..
Untuk sebarang tempahan, harap dapat call/sms ke no h/p saya ye.
TQ
Irni
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, May 25, 2011 0 comments


