Assalamualaikum....kepada semua pengunjung blog stokin lengan.
Selamat menyambut tahun baru Masihi 2012 dan mohon maaf sbb xdapat nak ucap Selamat tahun baru Muharram dulu....dah nak habis dah bulan muharram...xdapat nak berblog sbb ada ahli keluarga yg meninggal pd pg 1 Muharram....dan skang ni dah hampir penamat Muharram dan dah hampir 40 hari kematian atukku.
Apa-apapun yg pergi tetap pergi dan kita yg tinggal ni perlu meneruskan perjalanan kehidupan yang mana kita semua juga akan melalui saat-saat kematian sepertimana yg dilalui oleh mereka telah pergi alami. Sesetengan org berkata....kita sebenarnya bukannya 'mati' tapi kita sebenarnya masih hidup namun telah beralih alam. Dari alam dunia kepada alam barzakh....roh kita akan berada dialam barzakh dan menunggu utk beralih ke alam akhirat. Suka duka kita menghuni alam barzakh bergantung kepada amal kita didunia dan jika di alam barzakh kita dlm keadaan baik maka di akhirat jua sepertimana dialam barzakh malah lebih dari itu kebaikan yg Allah balas. Tapi jika di alam Barzakh pun kita dah dapat keburukan...di akhirat sana tunggulah pembalasan yg lebih dahsyat dr penerimaan kita ketika di alam barzakh.Ya Allah...semoga kita semua ditempatkan dikalangan mukmin dan mukminah solehah.....
Pada tahun baru ni...perlulah kita semua menanam azam supaya kita bebas dari neraka Allah dan dapat pembalasan yg baik diakhirat....sepatutnya itulah azam kita...kerana sebetulnya itulah destinasi perjalanan kita...memang tidak salah kita menanam azam untuk menjadi kaya dan bahgia tp perlu kita ingat wang....rumah besar..kereta besar dan harta benda hanya kita miliki selagi hayat dikandung badan sahaja. Bila dah nyawa kita diambil oleh Malaikat Maut, harta sudah tidak berguna lg..yg berguna pada ketika itu ialah amal yg soleh yg kita lakukan semasa masih bernafas. Itulah teman kita dikala kita hanya dibungkus kain putih sahaja. Segala harta sudah tiada gunanya lg.
Oleh itu, marilah kita perbetulkan setiap inci kehidupan kita agar perjalanannya seiring dengan perjalanan abadi yg sepatutnya kita lalui... Semoga di tahun baru ini kita menjadi lebih baik dan mulia dari tahun2 sebelumnya dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin
Selamat Menyambut Tahun Baru
Saturday, December 31, 2011
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, December 31, 2011 0 comments
Memperkenalkan Produk baru kami: Handsock Lycra cotton
Sunday, December 25, 2011
Assalamualaikum.... Sy ingin memperkenalkan produk baru kami, Sarung Lengan Muslimah/ Lycra Cotton dari kain jenis lycra cotton
Saiz yang available M,L dan XL
1. Saiz M -
Panjang: 10-11 inci
Material: Lycra Cotton
Harga borong: RM 6.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 8.00
Ukurlilit tangan: min 6.5 cm max 10 cm
Ukurlilit lengan atas: min 9 cm max 16 cm
2. Saiz L -
Panjang: 15.5 inci
Material: Lycra Cotton
Harga borong: RM 8.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 10.00
Ukurlilit tangan: min 6.5 cm max 10 cm
Ukurlilit lengan atas: min 9.5 cm max 17 cm
Panjang: 18 inci
Material: Lycra Cotton
Harga borong: RM 10.00 (minimum borong 50 pasang)
Harga runcit: RM 15.00
Ukurlilit tangan: min 6.5 cm max 10 cm
Ukurlilit lengan atas: min 9.5 cm max 30 cm

Daripada Ummi Irsyad at Sunday, December 25, 2011 0 comments
Stok Handsock Humaira sehingga 29 dec 2011
Assalamualaikum
Kepada semua sahabat...mohon maaf sbb xdapat nak update blog ni. Stok sentiasa kekurangan untuk sy publish dlm blog. Mohon maaf yg teramat. Setelah sekian lama hari ni barulah sy berpeluang updatekan stok terkini handsock humaira. Dibawah ni sy letakkan 2 saiz handsock yg ada dlm stok kami.
Saiz M:
Dari kiri: Meroon, Purple muda, turquoise,birumuda,coklat,hitam,coklatputih,pink,kelabu,hijaumuda,putihnila dan coklatmuda.
Saiz L:
Dari kiri: Purplemuda,putihnila,coklatijau,birumuda,turquoise,hitam dan coklat.
Daripada Ummi Irsyad at Sunday, December 25, 2011 0 comments
Handsock Humaira (Jenis KAin LYCRA)
Monday, October 10, 2011
STOKIN LENGAN HUMAIRA (Jenis kain LYCRA)
Terdapat dalam 2 saiz:
1. Saiz M: Panjang 10-11 inci
Sesuai dipakai bersama baju kurung, jubah, t shirt lengan panjang
2. Saiz XL: Panjang 17.5-18 inci
Direka atas permintaan kaum Tiong Hua. Mereka suka pakai baju yg
tiada lengan atau lengan separuh. Mereka nak pakai masa driving.
Keistimewaan:
1. Kain jenis sejuk dan lembut.
2. Tidak gelembung dihadapan (Pergelangan tangan)
3. Mudah dibasuh jika kotor.
4. Warna sharp.
5. Tidak berbulu
6. Jenis kain yang elastik menambahkan keselesaan pemakai.
Harga:
1. Saiz M RM 8
2. Saiz XL RM 15
warna available: Hitam sahaja
nsyaAallah, next penegluaran, kami adakan pelbagai kaler.
Daripada Ummi Irsyad at Monday, October 10, 2011 0 comments
Sarung lengan Renda
Saturday, September 10, 2011
Pengumuman:
Stok Untuk sarung lengan renda warna hitam saiz M & L telah dikeluarkan. Kepada pelanggan yg ingin mendapatkan sarung lengan kaler hitam tersebut, harap dapat buat tempahan dgn segera.Stok kain agak terhad.
Namun, pd pelanggan yg telah mmbuat tempahan, harap bersabar...kami sedang berusaha menyiapkan tempahan anda mengikut keutamaan. first come first serve.
Stok kain utk Sarung Lengan Renda:
1. Pink (M)-L dah habis
2. Putih (M)
3. Hijau Muda (M)
4. Blue black (M)
5. Hitam (M,L)
6. Putih Nila (M)
7. Dark choc (M)-L dah habis
Harap dapat membuat tempahan mengikut stok kain yang ada.
Terima Kasih
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, September 10, 2011 0 comments
Aidilfitri 2011
Saturday, September 3, 2011
Salam lebaran buat semua..
Alhamdulillah..meriahnya menyambut aidilfitri tahun ini..memandangkan warga stokin lengan Humaira baru pertama kali beraya bersama, jadi suasana memang seronok dan gembira sekali. Sanak saudara datang berkunjung, tidak lupa juga sikecil2 yang memakai baju raya berwarna warni yang di serikan oleh bunyian kasut ketika berjalan. wah! sungguh meriah apabila sanak saudara yg sudah bertahun tidak berjumpa, sesekali berjumpa terlalu banyak topik yang nak dibualkan sehingga terlupa juadah yg terhidang..semoga kemeriahan ini berpanjangan dan mendapat keberkatan Allah.
Walaupun begitu, sgt sayu bila mengenangkan pemergian ramadhan yang entah jumpa entah tidak ditahun hadapan. Rasa diri belum puas meratah kenikmatan ramadhan, belum puas merasai ketenangan malam lailatul qadar, ia telah berlalu tanpa membawa kita bersama. Alangkah indahnya jika kita dibawa bersama ramadhan....setiap amalan digandakan dan dikala itu hati kan tenang setenang2nya apabila Allah mengkhabarkan 2 berita gembira buat mereka yg bepuasa iaitu, kegembiraan di kala berbuka dan kegembiraan dikala bertemu denganNya kelak. Inilah kegembiraan yg ygdicari2 oleh setiap rohani setiap insan, namun kadangkala terhijab dek dosa dan noda yang dilakukan oleh diri insan tersebut.Marilah kita muhasabah diri, setakat mana kepuasan rohani kita setelah melalui ramadhan yang penuh pengujian. Semoga kita diberkati dan dilindungi Allah sentiasa.
untuk pengetahuan pelanggan yg dihormati,
Kami bercuti selama seminggu bermula diri sehari sebelum raya sehingga ke raya yang ke 6.
Jadi kami membuka semula sebarang tempahan dari pelanggan 2 yg ingin membuat tempahan sebelum hari raya & setelah tempahan ditutup tempoh hari.
Daripada Ummi Irsyad at Saturday, September 03, 2011 0 comments
Ramadhan 2011
Wednesday, August 3, 2011
Assalamualaikum...
selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Ramadhan menjelma lagi untuk kesekian kalinya dan bersykurlah kita kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bertemu lagi bulan yang penuh keberkatan ini.
Bagi pihak stokin lengan humaira, saya mendoakan anda diberkati dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Marilah sama kita mengejar limpahan pahala dan ganjaran yang Allah sediakan pada bulan ini. Hentikan semua perkara maksiat yang kita lakukan samaada sedar atau tidak. JIka kita masih lg terawang-awang mencari sesuatu yang pasti, berdoalah kepadNya, kerana Dialah yang berkuasa memberi hidayah dan juga berkuasa menarik hidayah dari kita. Janganlah pula kita mencari selain dia jikakita ditimpa sebarang musibah atau kesusahan sepanjang perjalann menuju Tuhan.
Sedarlah sahabat....segala yang kita alami seblm n selepas ini adalah ketentuan dari Dia. Sebagai manusia kita patut menerima apa yang tertulis untuk kita...satu perkara penting untuk renungan kita bersama....seperitmana pun kehidupan kita atau sebahagiamana pun nikmat yg kita rasakan ...jangan lupa pada Allah kerana Dialah yang memberi kesusahan/kenikmatan itu untuk kita. Bersykurlah walau ditimpa musibah kerana setiap kejadian yang berlaku itu..ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi terkadang tanpa kita sedari. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan diri kita sendiri....
Sedar tidak sedar ramdhan tahun ini menjelma lg dan marilah kita rebut peluang beramal dan lakukan sebanyakmana yg termampu kita lakukan kerana belum tentu ramadhan tahun hadapan kita akan diberi peluang utk bersamanya. Jika kita lihat berapa ramai sanak saudara, rakan taulan malah mereka yang jauh dr kita tidak berpeluang menyambut ramadhan tahun ini...mereka dipanggil oleh Allah sebelm kehadiran ramadhan malah ada yang dijemput sehari sebelum ramadhan...Ya Allah...izinkan kami memperbanyakkan amal ibadat kepadaMua sebelum sampai ajalkami. Ya Allah selamatkan kami...Sallim na Ya Rabb...
Daripada Ummi Irsyad at Wednesday, August 03, 2011 0 comments







